Friday, July 6, 2012

Perkembangan fetus - hamil 36 minggu

Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya hampir 6 paun / 2.7 kilogram dan panjangnya 19 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. 

Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas. Sediakan nutrisi yang diperlukan di masa penghujung ini dengan panduan makanan sempurna.

Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.) 

Semasa janji temu mingguan anda, doktor akan memeriksa anda untuk melihat samada anda sudahpun mendilitasi (apabila serviks membuka) dan mengembang (apabila serviks menjadi nipis). Doktor juga akan memeriksa apakah posisi bayi untuk menentukan sejauh mana bayi sudah jatuh ke dalam pelvis. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam nota materniti anda supaya doktor anda maklum akan posisi bayi apabila tiba masa untuk melahirkan. 


sumber disini


sekarang ni asyik duk tanya pakcik google tanda2 nak bersalin.. antara tanda2 yang dah saya alami macam sakit di celah kelangkang, kejap2 nak membuang, sakit & lenguh2 dibahagian pinggul, tulang belakang, kerap kentut *hehe*, rasa ringan tu ada sikit tapi bila nak berjalan memang xselesa.... pastu..pastu...eh dah xingat.. cuma yang betul2 nak bersalin macam air ketuban, keluar lendir merah or coklat tu belum lagi.. haa kalau yang tu.. dah kena cepat ke hospital lah.. errmmm... xdapat nak bayangkan macam mana situasi tu nanti. moga2 dipermudahkan. ok, dalam otak saya ni xmau la kalut2 or panic2 yang macam dalam drama tu kan ekekee... nak cool n tenang jerk.. dah siap pesan kat suami... nanti dah sampai masa jangan panic tau.. huuu... barang2 nak ke hospital dah lengkap.. so ini checklistnya :

HOSPITAL CHECKLIST

*ummi*

Kad Merah
IC
H/P
Baju
Kain Batik
Stokin
Peralatan Mandi
Tafsir
Maternity Pad
Tuala
Minyak Angin
Air Zam Zam
Termos
Sweater
Nursing Bra

*baby*

Baby Diapers
Baju
Minyak Telon
Baby Wipes
Tuala Mandi
Stokin/Sarung Tangan
Peralatan Mandi
Selimut/Bedung
Barut
Topi


almost done...tinggal nak packing masuk beg je.. cuma barut n minyak telon tu masih ada kat my sis... nak bagi sumbangan katanya.. dan saya order set bersalin kat dia.. memandangkan minyak telon tu dah siap dalam set tu so kena tunggu pi ambik kat dia la.. adeh udah le jauh nun setia alam sana..  ermm.. ke ada lagi yang nak kena bawak???? 


#lagu butterfly #dejavu di Kinabalu sudah ditukar kepada Surah Maryam alunan Syeikh Said al-Ghamidi...eceli saya suka dengar Syeikh Misyari lagi.. tapi xdapek pulak nak tepek sini.. al-Ghamidi pun sedap jugak.. =)


0 surat cinta:

 
© Copyright 2035 My Beautiful Journey
Theme by Yusuf Fikri