
Bayi berukuran lebih kurang 6.5 inci / 16.5 sentimeter dari mercu kepala hingga ke punggung dan terus-menerus menambahkan berat badannya. Satu lapisan bahan yang licik dan putih bergelar verniks kaseosa mula membalut bayi dan melindungi kulitnya semasa dia berendam lama dalam cecair amnion. Ianya juga akan menyenangkan pelahiran. Pada minggu ini, bayi lebih banyak menelan dan ini merupakan latihan yang baik untuk sistem pencernaannya. Setelah bayi menelan cecair amnion, badannya akan menyerapkan air yang terkandung di dalamnya dan menyalurkan selebihnya ke dalam usus besar.
Berhati-hatilah dalam mendapatkan zat besi yang mencukupi. Bayi memerlukannya bagi pembuatan sel-sel darah merah, antara lain. Sebenarnya, adalah sukar untuk mendapatkan jumlah yang terlalu banyak dari makanan semata-mata, kecuali dengan memakan secara berlebihan. Makanan yang kaya dengan zat besi adalah antara lain, daging merah tanpa lemak, ikan, kekacang lentil, bayam dan bijirin yang diperkuatkan dengan zat besi. sumber di sini
jom saya nak kongsi video baby yang sangat2 comel di saat usia hamil 20 minggu
comel sangat, tapi tang dia gerak2 tu macam kesian..
adakah sebab uminya buat kerja berat2??
atau uminya naik motor sampai dia terhentak2?
Ya Allah...
Kau peliharalah anak di dalam kandunganku ini...
klik sini -------------> http://www.babycenter.com.my/video/pregnancy/weeks-15-to-20-pregnancy/
next entry : bagaimana untuk dapatkan zat besi yang mencukupi dan panduan pemakanan yang baik.
0 surat cinta:
Post a Comment