Showing posts with label :: Ramadhan ::. Show all posts
Showing posts with label :: Ramadhan ::. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Menu Ramadhan 24


 1- ikan kembung *jerk* sweet sour


 2- ayam masak lemak cili padi


 3- ayam madu panggang.peberet ai nih...


4- mee bandung




semua dah gantung kuali...saya je belum..sampai raya pertama..raya ke dua baru balik!! nampaknya pesbuk dah sesak...blogspot pun dah sesak...semua pun nak cerita pasal raya...balik kampung...ermmm...ok makan hati berulam jantung lah saya disini...nak dengar lagu raya..cari pasai nangis sorang2 di rumah..kbai




Saturday, August 20, 2011

Iftar ma'a Siblings


lokasi kejadian bertempat di Bangi Golf Resort dan tarikh adalah 19 Ramadhan 1432H..iaitu semalam..Alhamdulillah...hari ni dah Ramadhan yang ke 20..ke dah ada yang beraya??? ish..ish..not good not good...apa la nak jadi nih..tiap2 tahun puasa xpernahnya penuh..kui2... btw kredit banyak-banyak-banyak to my sis long..??? yang bermurah hati untuk mensponsor majlis berbuka puasa semalam..staff2 dia pun turut serta..n adik2 dia ni tolong pi makan jerk..kalau x sapa yang nak habiskan makanan yang membanyak tu. ye dok??? ekekeeke.. jom layan gambaQ je lah yang xbanyak n xseberapa nih..oh..kureng sikit la..sebab camera tidak ditangan sayaaaa...*muntoh




 sampai2 5min terus azan...ngeee~


 weeeeee~


 warm-up dulu ni..

















 makcik-makcik tengah beli sayoQ

 ok orang masih meramai lagi


 orang dah tinggal sikit


 orang dah xda langsung.semua dah balik..tinggal kami yang tengah makan lagi..wakaka

 tido sudaaaa~


balik! esok turn rumah saya pulaks..



bosan..nak buat apa hari ni?? keluar berjimba dah tentu2 kL sangat sesak...umat2 sibuk dengan persiapan hari raya...berbeza dengan umat di sini ------------->


syahdunyaaaaaaaa....saya rindu Baitullah! 

Thursday, August 18, 2011

Zakat Fitrah

saya dah! kamu dah??? ok buat pertama-tama kalinya pembayaran zakat dibayar oleh orang lain yang sebelum ini babaku yang bayar... pembayaran dibuat minggu lepas..sebelum pergi sopim2..bayar semua yang wajib dulu..setelkan bil2..broadbandku yang dah 2bulan xbayar..bil henfon..*tapi xregister lagi..huuu sadisss its ok...janji boleh guna kan..?? dan zakat fitrah kini dibayar oleh zauji baca : suamiku...kamu-kamu semua dah bayar??? dalam kita sibuk buat persiapan raya tu...jangan lupa zakat fitrah ye...




 "Rasulullah s.a.w. menfardhukan Zakat Fitrah satu gantang kurma, atau satu gantang gandum ke atas hamba atau orang merdeka, lelaki atau wanita, kanak-kanak atau dewasa dari kalangan orang Islam. Dan Nabi memerintahkan agar ia ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk melakukan solat (Hari Raya)".

(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Wednesday, August 17, 2011

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran



Lailatul Qadar ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
  
Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1.      Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2.      Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan
         Pena dan Tulisan.
3.      Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita 
         mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

 Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.




Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan    
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.




Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).



sumber: kopipesdarimukakitab

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #1 : Marhaban Ya Ramadhan




Ramadhan Kareem!
Happy Blessed Ramadhan al-Mubarak
Kullu Sanah Wa Antum Bi Kheir...


 
© Copyright 2035 My Beautiful Journey
Theme by Yusuf Fikri